Sejarah rancangan Women Talk

Women Talk memulakan tayangan perdana di TV3 setiap Sabtu jam 5 petang (WPM) pada 2 April 2022 untuk musim pertama.[3][4][8]

Serupa dengan Wanita Hari Ini, rancangan ini menampilkan tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai bidang untuk berkongsi pendapat dan maklumat tentang topik dan isu semasa yang menjadi fokus utama dalam golongan wanita.[3][4][8][9]

Sidang penerbitan Women Talk diketuai oleh Shahila Shah sebagai ketua penerbitan manakala Elaine Daly, Said Thani dan Farrah Naz Karim sebagai penerbit. Deborah Henry dan Zoraya Vadillo menggalas tanggungjawab sebagai hos.[3][4][8]

Musim kedua siri ini memulakan tayangan perdana pada 15 Oktober 2022 dengan pelbagai topik dibincangkan bagi memperkasakan inspirasi wanita.[10][11] Pada 10 Disember, Women Talk telah menganjurkan acara khas yang diberi nama Brunch with Women Talk yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur. Acara ini menampilkan barisan panel istimewa termasuk Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Adeeba Kamarulzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng Sdn. Bhd., Christy Ng, penyanyi Jaclyn Victor dan Ketua Unit Video SAYS, Nandini Balakrishnan.[12][13]

Musim ketiga siri ini disiarkan pada 29 April 2023 dengan pelbagai topik dibincangkan dalam setiap episod.[14]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Women Talk https://www.instagram.com/womentalktv3/ https://ohbulan.com/bakal-bersiaran-selama-13-epis... https://says.com/my/entertainment/women-issues-tal... https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIu... https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIu... https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIu... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/...